Menyayat hati...pelajar2 Tahfiz ini bina bangunan sekolah sendiri untuk jimat kos!

Sebuah sekolah tahfiz di Hulu Tamu, Batang Kali memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung keperluan dan kebajikan anak-anak murid di situ. Maahad Al Mustoffa itu dibangunkan di atas tanak wakaf mempunyai pelajar seramai lebih kurang 30 orang berumur belasan tahun dan 5 orang guru.






Disebabkan ketiadaan dana maka guru-guru di situ mengajar secara sukarela(gaji diberi tidak menentu, biasanya guru-guru yang sudah berkahwin mendapat rm100 sebulan), pelajar-pelajar pula tidak mampu hendak membayar yuran, cuma diminta kalau boleh setiap pelajar membayar rm 10 seminggu untuk kos makan tapi itupun tak semua mampu bahkan ada pelajar yang menarik diri dari sekolah itu sebab segan tidak dapat bayar yuran rm 10 seminggu itu, bukanlah mereka diberhentikan sekolah.

suasana dalam asrama pelajar.


asrama dibina sendiri oleh pelajar-pelajar



Pelajar-pelajar bergilir memasak setiap hari sebab tiada tenaga khas untuk memasak. Bangunan asrama pun dibina dengan keringat dan peluh pelajar-pelajar sendiri untuk menjimatkan kos pembinaan. Surau yang ada itulah juga kelas pengajian mereka. Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan.

ruang dapur



surau yang juga dijadikan kelas pengajian.



dapur






bilik air



Sila hubungi Ustaz Ibrahim 0123138354 untuk maklumat lanjut

Comments

Popular posts from this blog

Surat Memohon Dana

5 Keajaiban Sedekah Yang Membuat Kamu Bahagia

Tiga Anak Yatim Kehilangan Ayah Sejak Kecil