Surat Memohon Dana


Assalamualaikum w.m.t
Kepada,
Tan Seri, Dato’ Seri, Tuan dan Puan,


MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS AD DAWWAMAH

Dengan segala hormatnya dengan ini perkara di atas adalah dirujuk

2.   Untuk pengetahuan pihak tuan, Maahad Tahfiz kami yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Ad Dawwamah Malaysia, telah mula beroperasi pada Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 2 orang dan seorang guru. Sehingga kini jumlah pelajar telah bertambah menjadi 25 orang dan 3 orang guru. Pelajar kami datang dari negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Kedah, Pahang dan Sabah.

3.   Pelajar yang datang dari Sabah seramai 8 orang adalah pelajar muallaf yang baru memeluk Islam. Ada di antara mereka yang ibu bapa sendiri belum memeluk Islam. Ada yang telah selamat kami khatankan di sini. Sementara itu sebahagian dari pelajar yang lain pula adalah anak yatim yang kematian ibu atau ayah. 90% daripada mereka tidak mampu membayar yuran asrama. Selama ini kami hanya bergantung kepada seorang penyumbang tetap dan sumbangan-sumbangan kecil dari hamba Allah yang prihatin.

4.   Tujuan maahad kami ditubuhkan ialah untuk melahirkan insan yang Hafiz dan celik teknologi dan sains agar Islam akan lebih membangun. Insan yang membesarkan Allah dan peka dengan kebesaran Allah melalui teknologi.



5.    Melihat keperluan yang sedia ada, kami merancang untuk membeli sebidang tanah seluas 3 ekar yang bersambung dengan tapak tahfiz kami dan membangunkan beberapa infrastruktur  seperti bangunan asrama, bangunan kelas-kelas pengajian, makmal computer dan bangunan pejabat.  Kawasan selebihnya akan dibuat tapak aktiviti pelajar sebagai ko kurikulum seperti tapak pertanian, kolam ikan, padang permainan dan sebagainya.

6.   Bersama-sama ini, kami lampirkan keperluan-keperluan asas bulanan dan juga keperluan tambahan kami. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyertai kami menyumbang mana yang dirasakan senang bagi pihak tuan. Segala sumbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan dapat membalas jasa baik tuan itu.

Sekian.

Yang Benar,


……………………………………….
(Faizul Azmir bin Mohd Dawam)

Bajet belanjawan Bulanan Tahfiz  Ad Dawwamah
1. Makan : rm 4000
2. Bil air dan api : rm 800
3. Gaji guru : rm 7000
4. Operational : rm 700
5. Sewa rumah : rm 600
6. Penyelenggaraan : rm 200
   Total : rm 13,300

SUMBER KEWANGAN MAAHAD TAHFIZ
1. Yuran bulanan pelajar sebanyak rm200 sebulan
2. Sumbangan dari masyarakat


KESIMPULAN
Semua bentuk sumbangan dan bantuan yang dinyatakan di atas adalah amat dialu-alukan. Namun, sumbagan dari aspek lain dalam bentuk barangan seperti kipas angin, komputer, meja dan kerusi sekolah, penghawa dingin, peralatan pejabat dan yang seumpamanya, pihak kami menerima dengan tangan yang terbuka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun sekolah:
 CIMB Bank

860 327 2974

Maahad Tahfiz Ad Dawwamah 

atau Ambank 888-100-156922-6 di atas nama Pustaka Ad Dawwamah.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah umpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai serratus biji. Allah melipatgandakan (pahaala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas(kurnianya) lagi Maha Mengetahui” { AL BAQARAH: 261}

KEPERLUAN ‘URGENT’ MAAHAD TAHFIZ SAINS AD DAWWAMAH
Sementara menunggu kelulusan dana-dana yang sedang dipohon dari pihak pihak tertentu, pihak tahfiz memerlukan dana segera (instant and urgent) bagi menampung overhead semasa bulanan seperti berikut:
1. Gaji guru guru dan tukang masak rm2500
2. Bil elektrik dan air rm  500
3. Kos makan rm1200
4. Maintenance rm  300

TOTAL RM4500
4. Pihak kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala bantuan yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,semoga Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang cuba kita lakukan bersama dalam usaha menjayakan perjalanan program maahad tahfiz  ni dan dinilai sebagai salah satu usaha taqwa serta menjadi amal jariah buat kita.

Sabda Rasulullah SAW:
‘Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat,ubatilah orang-orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa’

Sekian,terima kasih

Yang diamanahkan
……………………………….

Pengetua Maahad Tahfiz AD DAWWAMAH
(+60135347438)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:


Ambank  
8881 0015 69226
Pustaka Ad Dawwamah





Sebenarnya kutipan yuran bulanan tak mencukupi utk cover overhead bulanan. Walaupun tidak semua anak yatim tapi ramai juga yg tak mampu bayar yuran. Atau kdg2 bayar kdg2 tidak. Tahfiz ini pula terletak di sebuah kampung di Perak yang tidak mempunyai ramai korporat2 yang boleh membantu. Jadi besarlah harapan kami sekiranya tuan / puan dpt membantu sedikit sebanyak meringankan beban pihak tahfiz. Jazakallahu khairan jaza'.

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENAJA PEMBELAJARAN ANAK2 YATIM DI TAHFIZ SILA KE PAGE BERIKUT DUA ANAK YATIM UNTUK DITAJA DI TAHFIZ

RHB Islamic bank 25818700011055 at atas nama Maahad Tahfiz Ad-Dawwamah atau Ambank 8881 0015 69226 Pustaka Ad Dawwamah sms/call/whatsapp +60135347438 Email: addawwamah@outlook.com

Sila layari FACEBOOK

Comments

Popular posts from this blog

5 Keajaiban Sedekah Yang Membuat Kamu Bahagia

Tiga Anak Yatim Kehilangan Ayah Sejak Kecil